LAKSANAKAN IBADAH QURBAN BERSAMA SAUDALGAR
Sempena Hari Raya AidilAdha yang bakal tiba tidak lama lagi , Saudalgar Holding Sdn.Bhd. dengan kerjasama My Qurban dan Let's Qurban ingin mengambil peluang untuk sama-sama kita rebut pahala dengan menganjurkan Ibadah Qurban di Tanah Suci Mekah dan juga negara Afrika.
Untuk Raya Qurban tahun ini kami telah pun menempah sebanyak 1000 ekor kambing dan 20 ekor Unta semuanya akan di sembelih oleh wakil kami di Makkah. Tak banyak kan? Kenapa tak banyak sebab prinsip kami adalah “Pastikan Sampai!”
Kami Juga bersama agensi NHM Enterprise akan melaksanakan Ibadah Qurban untuk lembu di Afrika melihat kepada kadar kebuluran yang tinggi di sana.
Setiap Penyertaan akan Terima Sijil Penyertaan
z
Setiap Penyertaan sama ada di Mekah atau Afrika akan terima sijil Penyertaan seperti di atas.
Pahala Telah Diterima Sebelum Darah Qurban Menyentuh Tanah !
Nabi Bersabda yang bermaksud : "Tiada suatu amalan yang dilakukan manusia pada Hari Raya Qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan pahala Qurban itu".
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu.” (Surah Al-Haj, ayat 37)
" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH "
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
BAGAIMANA NAK SERTAI IBADAH QURBAN INI?
Jika pihak tuan/puan berminat untuk menyertai Ibadah Qurban tahun ini bersama kami , kami menyediakan harga lembu/ kambing dan Unta seperti di bawah untuk memudahkan urusan tuan/puan :
1 Ekor Unta (Mekah) : RM 4830
1 Bahagian Unta (Mekah) : RM 690
1 Ekor Kambing (Mekah) : RM 490
1 Ekor Lembu (Afrika) : RM 2590
1 Bahagian Lembu (Afrika) : RM 375
#Pendaftaran Untuk Qurban Lembu di Afrika Telah Ditutup
LAFAZ AKAD WAKALAH (WAKIL) QURBAN
"Saya (Nama Peserta) bersetuju mewakilkan Saudalgar Holding Sdn. Bhd. melaksanakan Qurban saya tahun ini (1443H) dengan bayaran (jumlah harga yang perlu dibayar) untuk (1 bahagian/seekor Kambing/Lembu/Unta), kerana Allah Taala."
LAFAZ AKAD WAKALAH (WAKIL) AKIKAH
"Saya (Nama Peserta) bersetuju mewakilkan Saudalgar Holding Sdn. Bhd. bagi menempah (lembu/kambing/unta) yang telah cukup syarat untuk dilaksanakan bagi tujuan Akikah dan bayaran tersebut merangkumi kos haiwan, upah dan pengurusan.
Saya juga mewakilkan kepada Pihak Saudalgar Holding dan wakilnya untuk menyempurnakan urusan pelaksanaan Aqiqah bagi pihak saya/anak saya (Nama Anak) pada tahun ini kerana Allah Taala.
Baca akad ini ketika bayaran dibuat.